Sunday, December 26, 2010

Antara Ilmu Dan Nafsu

Kita sering mendengar org berkata, "ikut hati mati,ikut rasa binasa". Disini bolehlah disimpulkan bahawasanya kedua-duanya itu adalah mengikut nafsu. Oleh kerana kedua-duanya itu mengikut nafsu yang jelas akan membuatkan kita lesu,jadi apakah harus yang kita ikut. Tidak lain tidak bukan itulah ilmu. Muhammad S.AW mengenal tuhannya dengan ilmu iaitu Iqra. Ilmu la penyelamat segala-galanya.Contoh yang paling mudah ialah wanita. Jika wanita dipandang dari sudut ilmu maka martabat wanita itu lebih disanjung tinggi,tapi jika dipandang dari sudut nafsu, wanita hanya sekadar benda yang bagaikan tidak mempunyai nilai. Sejarah wanita dipandang dari pandangan nafsu penah berlaku iaitu pada zaman Jahiliah, yang mana para wanita mereka bagaikan tidak mempunyai nilai. Wanita dinafikan hak mereka,dijadikan barang pemuas nafsu serakah dan wanita kecil(kanak-kanak wanita) dibunuh tanpa sebarang pembelaan. Namun Islam datang dengan ilmu(quran) memecahkan kekusutan zaman. Dalam surah Al Tawir Allah berfirman dari ayat 8-9 yang bermaksud "apabila bayi-bayi perempuan itu dikuburkan hidup-hidup itu ditanya , atas dosa apakah mereka itu dibunuh...." Allah menambah lagi dalam surah Al An'am ayat 6 "Janganlah membunuh anak-anak kalian kerana takut miskin. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada kalian dan juga mereka.." Dalam surah  Al Isra berfirman sekali lagi " Janganlah kalian membunuh anak-anak kalain kerana takut miskin. Kamilah yanag akan memberi rezeki kepada kalian dan juga mereka. Sesungguhnya membunuh mereka merupakan salah satu dosa besar..". Lihatlah betapa besarnya sumbangan ilmu dalam mengorak perubahan dunia. Sebagai seorang muslim kita harus menuntut ilmu. Bersabda Rasulullah dalam sebuah riwayat sahih imam muslim, mafhumnya"menuntut ilmu adalah fardu keatas setiap muslim" Oleh itu semua orang islam harus menuntut ilmu dan mengamalkanya terutama ilmu Al quran dan Hadith. Waallahualam..