Friday, February 18, 2011

FATWA PARA ULAMA SEDUNIA TERHADAP PUAK AHBASH

ARTIKEL INI DIPETIK DARI  “MAJALAH I”
KELUARAN FEBUARI 2008          Fatwa-fatwa Para Ulama Terhadap Kumpulan al-Ahbash


1.     Fatwa Samahtul al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah
Kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat,ketua mereka Abdullah al-Habsyi terkenal dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan mengingkari akidahnya yang batil. Dan memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya dan tidak mendengar serta menerima apa yang mereka katakana. (No ruj.Fatwa;1/2392. Bertarikh:30/10/1406 hijrah)

2.     Fatwa Syeikh Dr. Wahbah al-Zulhailiy
Syeikh telah ditanya : Ada seorang pemuda telah meminang adik perempuan saya. Setelah selesai peminangan dia berkata kepada adik saya itu bahawa dia dari kumpulan ahbash, apakah aqidah yang dipegang oleh kumpulan ini. Kalau sekiranya adik  perempuan saya berkhawin dengannya apakah hukum perkhawinannya?
  Dr.Wahbah al-Zulhailiy menjawab: Kami menyatakan bahawa Muslim apabila benar agamanya maka dia seorang islam. Dibolehkan berkhawin dengannya,tetapi saya menasihati saudara agar tidak bersetuju di atas perkhawinan tersebut. Ini disebabkan kumpulan ini mempunyai pemikiran dan padangan yang tidak selari dengan majoriti umat islam. Maka kemungkinan disana akan menyebabkan masalah dan pertelingkahan dengan sebab pandangan-pandangan yang pelik yang dipegang oleh mereka. Ini merupakan nasihat. Wallahu a’alam. (lihat: http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuest=jUxw1j)

3.     Fatwa Syeikh Dr.Said Ramadhan al-Bouti
Syeikh ditanya tentang kumpulan Ahbash yang mana mereka mempunyai seorang imam di Beirut iaitu Abdullah al – Harari,mereka telah berkata di masjid mereka sesungguhnya solat di belakang wahabi adalah haram dan Imam Ibnu Taimiyyah kafir.
  Syeikh al-Bouti menjawab: mengikut imam wahabi tidak haram dan solatnya sah. Tidak boleh mengkafirkan orang islam yang kita tidak mengatahui adakah di saat dia mati matinya dalam keadaan kafir. Dan tidak seorang pun yang mengatahui adakah  Ibnu Taimiyyah ketika matinya dia murtad dari islam dan matinya dalam keadaan kafir. Berkenaan kumpulan Ahbash yang ditanya kepada saya tadi,mereka telah mengkafirkan banyak dari kalangan orang islam. Mereka telah mengkafirkan Mutawalli Sya’rawi, al-Qadrawi dan mereka juga mengkafirkan aku.
  Syeikh ditanya lagi: Saya mendengar kumpulan ahbash telah mengkafirkan mu(Syeikh al-Bouti)adakah  Syeikh telah menjawabnya? Dan mereka mendakwa aqidah Asya’irah bermazhab Syafie dan bertarekat Rifa’ie. Bagaimana alhi sunnah menjawab mereka, mereka menyebarkan fitnah dan mengangkat syiar mengkafirkan orang islam?
  Syiekh menjawab:Mereka tidak hanya mengkafirkan aku sahaja ,bahkan apa yang aku tahu mereka mengkafirkan orang yang lebih baik dari aku sepertu Mutawalli Sya’rawi, Ibnu Taimiyyah,Syeikh al-Qardawi dan ramai lagi.Aku memohon kepada Allah agar di jauhkan fitnah yang zahir dan batin khususnya fitnah kubur (Lihat di dalm webnya atawa.htm http://bouti.net/bouti_fatawa.htm mengunakan perkataan al-Ahbash)

4.     Fatwa Syeikh Ali Jumu’ah Mufti Mesir.
Kumpulan ini ialah sebuah kumpulan yang menyandarkan diri mereka kepada seorang yang bernama Abdullah Al-Harari Al-Habshi. Kumpulan ini mempunyai wajah zahir dan batin. Zahir mereka  seolah-olah berpegang kepada  mazhab imam Syafi’I dalam masalah fikah dan mazhab Asy’ari dalam masalah aqidah.Adapun batin mereka,merka mengkafirkan orang islam dan memfasikan orang-orang mukmin serta menimbulkan fitnah dalam umat ini serta agen bagi musuh –musuh  islam dan  mukmin.
  Gerakan yang buruk ini telah dimulakan oleh ketuanya yang telah disebutkan (Abdullah Al-Harari)dimana dia mempelajari ilmu syariah di Habsyah kemudian dia bekerja dengan pihak berkuasa yang menentang kaum muslimin sehinggalah terbongkar rahsia nya selama 2 tahun. Lalu dia lari pula ke Mesir dan menyebunyikan keadaan dirinya yang sebenar sehingga ada rakyat di Negara ini dan ulamanya yang mengikut gerakannya. Dia menghadiri beberapa pengajian di Al-Azhar Asy – Syarif dan bekerja sebagai pentafsir kitab di beberapa tempat percetakan.
  Kemudian dia berpindah pula ke Beirut di mana dia mula mempengaruhi pemuda-pemuda di sana sehingga menjadi pengikut gerakannya.Dia juga menjadi pentashih kitab di beberapa syarikat penerbitan kitab di Lubnan.
  Dia mula melakukan kerjasama dengan Parti Al-Kataib dan kaum yahudi di selatan Lubnan . Pada tahun 70-an dia mula menyebarkan mazhabnya dan mengkafirkan kaum muslimin terutamanya Ibnu Taimiyyah , Muhammad Bin Abdul Wahab dan pembesar-pembesar mazhab Hanbali serta semua ulama yang tidak sependapat dengannya beralasan mereka menyalahi mazhab Al-Asy’ari dan mazhab Syafie menurut kefahamannya sendiri. Dia menyuruh pengikut-pengikutnya menimbulkan kekacauan di mana sahaja mereka berada.
 Maka kita dapati mereka menimbulkan  isu berkenaan arah kiblat di Amerika menyalahi prosedur ilmu moden kerana ingkar dengan realiti sebenar serta menganggapnya sebagai bidaah. Begitu juga di Jepun . dan meraka juga menimbulkan isu solat di belakang selain Ahbash, masalah makanan dan berkhawin dengan ahli kitab serta lain-lain daripada pekara khilaf dari kalangan ulama Mujtahidin yang muktabar sepanjang zaman.
   Mereka berpendapat pergaulan bebas lelaki dan perempuan halal dan mengkafirkan pemerintah islam dan mengharuskan kerjasama dengan kaum musyrikin yang merupakan kecelaruan yang amat aneh serta tidak pernah wujud dalam mana –mana puak sebelum mereka.
   Mereka pada mulanya mengisytiharkan bahawa pemimpin mereka telah mati kemudian mengisytiharkan pula pemimpin mereka masih hidup dan tidak siapa pun tahu penyakit mental jenis apakah yang menimpa puak ini sehingga mereka bercakap tanpa mereka ketahui (apa yang mereka cakapkan).
   Dengan kemunculan kumpulan pelik ini sebeginilah yang menjadikan setiap orang islam hidup dalam fitnah dan perpecahan. Beberapa pihak berkuasa islam yang muktabar telah mengeluarkan amaran berkenaan kumpulan ini antaranya Majmak Buhus Islamiah Al-Azhar, Majlis Fatwa Saudi , Majlis Fatwa Amerika Utara dan lain-lain.
   Oleh kerana mereka ini terus dibelit dengan belitan iblis,maka  mereka tidak menyebarkan buku-buku mereka yang mengandungi batin mereka serta iktikad mereka. Oleh itu,kita dapati buku-buku pemimpin mereka mengandungi pekara-pekara biasa sahaja sebagai satu langkah menarik orang menyertai mereka dan menyesatkan mereka yang terpedaya . Kebanyakan pengikut yang menyedari hakikat ini ramai yang kembali dan bertaubat serta berlepas diri dari kumpulan ini. (Lihat: http://www.islamonline.net /servlet/satellite?pagenamne=Isalmonline-Arabic-Ask_scholar/fatwa/FatwaA&acid=112258601786)

5.     Dr.Ahmad Shalabi(pensyarah sejarah islam university al-Azhar)
Dr.Ahmad Shalabi di tanya majalah “al-Majalah”tentang pendapatnya berkenaan Ahbash. Beliau berkata  Ahbash kumpulan sesat yang menyelewang fikrahnya. Mereka tidak mempunyai  kefahaman yang lengkap tentang islam ini kerana ketuanya Abdullah  al-Habsyi berasal dari Habsyah di mana ketika itu maklumat dan ilmu-ilmu islam yang pelbagai tidak tersebar disana mennyebabkan pemikiran-pemikarannya pelik. Bahaya kumpulan ini kerana mereka tidak menerima pendapat selain mereka dan menyangka mereka sahaja yang betul. Mereka juga menentang jemaah-jemaah islam ahli sunnah wal jamaah kerana mereka mengatakan penganganya salah.

6.     Markaz Fatwa islamweb.net yang di ketuai oleh Dr.Abdullah al-Faqih
Merujuk kepada fatwa kesesatan Ahbash dan penyelewengan daripada agama . Maka mereka memfatwakan bahawa kumpulan Ahbash merupakan satu kumpulan yang amat teruk penyelewengannya daripada agama.Mereka mengikut Jahmiyyah(kumpulan yang menafikan sifat bagi allah) di dalam masalah sifat Allah s.w.t mengikut Jabariah di dalam masalah qadar. Juga mengikut kumpulan Batiniyyah yang sangat bahaya. Mereka juga ramai mencela sahabat nabi s.a.w (lihat: http://www.islamweb.net/hajj1425/ShowFatwa.php?lang=A&Id=45043&Opt  ion =FatwaId  )


Ramai lagi para ulama yang telah berfatwa akan kesesatan kumpulan Ahbash ini serta menasihati umat islam agar berhati-hati dan menjauhi kumpulan yang sesat ini.Antara mereka yang tidak dapat disiarkan fatwanya kerana keterbatasan tempat ialah :-
*Syeikh Muhammad Nasaruddin al-Albani
*Syeikh Dr. Safar Hawali
*syeikh Dr. Yusuf  al-Qaradhawi
*Dr.Fikri Ismail (wakil kementerian wakaf Mesir bahagian dakwah)
*Dr. Muhammad Karmush (ketua kesatuan Muslim  Swiss)
*Syeikh Umar Mahmud dari Palestin
*Syeikh Abu Muhammad al-Maqdisi  dan yang lain-lainnya.

Fatwa-fatwa Majlis-majlis fatwa
1.     Mujammah Buhuth al-Islamiyyah al-Azhar al-syarif Mesir
2.     Majlis Tertinggi fatwa Amerika Utara
3.     Hai’ah Ammah Li  Idaratil Buhuth al-Ilmiyyah wal Ifta Saudi
Kesimpulan yang di capai tidak ada seorang pun ulama ahli sunnah wal jamaah yang memuji kumpulan ini bahkan kesemuanya memfatwakan bahawa kumpulan Ahbash merupakan kumpulan yang sesat dan menyeleweng dari mazhab ahli sunnah wal jamaah. Walluaa’alam

12 comments:

  1. Tahukah anda tentang siapa sosok Syaikh Abdullah al-Harari? Beliau adalah salah satu ulama ahlussunnah terkemuka, disegani baik oleh kawan maupun lawan. Kaum Wahhabi terutama, sangat ketakutan mendengar namanya disebut, ibarat takutnya seekor domba mendengar auman singa. karena saking takutnya, tidak jarang mereka kemudian memojokkan nama Syaikh Abdullah al-Harari bahkan dengan membuat berita-berita bohong yang amat jauh dari fakta. Barangkali nama beliau tidak sesohor ulama ahlussunnah lainnya yang telah masyhur di kalangan kita. Akan tetapi di timur tengah beliau amat masyhur. Berikut sekilas biografi tentang beliau.

    sila lihat http://takpernahada.blogspot.com/2011/01/biografi-sang-ahli-hadits-dan-benteng.html

    ReplyDelete
  2. kpd ambo said.. seorg rakan saya tlh mnjd ahli puak ini..hasil penelitian saya, fahaman beliau amat bercanggah dgn islam..malah satu hari itu saya berbincang dgn nye tentang isu ini..hasil prbicangn ini akhirnye dia mngkafirkn saya..dia juga mngkafir kan ibnu taimiyah,syeikh qardawi,dan ramai lg ulama..adakah ini yg d ajar oleh abdullah al harari? dia juga mngtakan bahawa abdullah al harari msh hidup padahal abdullah al harari tlh mati.. !! untuk pngatahuan tuan puak ini tlh d fatwa kn sesat oleh mereka yg berilmu...bkn saya yg fatwakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang sesatnya? Qardawi menghalalkan gelatin babi sedangkan dlm mazhab syafie apa sahaja yang datang dari babi ialah haran, qardawi menghalalkan darah umat islam syria, qardawi menghalalkan unat islam menjual arak sedangkan mengangkat arak sahaja sudah dilaknat allah

      Delete
    2. Tapi kafir kan org islam tu berat timbangan... kalau takat dia buat salah pn Allah akan balas setiap perbuatan.. tp nak hukum org kafir kne fikir seribu kali.. sb tu sy x setuju dgn ahbash.. bahaya kumpulan ini.. kalau wahabi pn x smpai tahap ni.. apa yg benar kita ambik.. apa yg salah kita tolak

      Delete
  3. boleh tuan nyatakan bukti2 isu kafir mengkafir ni. kalau betul mereka kafirkan,apa sebabnya?
    satu lagi, saya juga pernah berjumpa dengan murid-murid syeikh abdullah..saya juga tahu beliau telah meninggal dan tiada seorang pun muridnya yang mengatakan syeikh abdullah masih hidup. ini satu fitnah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr wahbah zuhaily yg alim tu pn kata ahbash ni sesat.. secara nyata dia jawab kt sorg pelajar uiam yg bertnya tntg ahbash.. dan bnyk ulama yg sy dengar dr mulut mereka sndiri tntg sikap ahbash

      Delete
  4. tuan tuduh saye mmfitnah..? saye brkata benar tuan, demi allah!! mereka menurut dr ali jumaah(mufti mesir) tidak akn mmperlihatkn zahir kekufuran mereka d khalayak umum.. sbb itu tuan mungkin tidak perasan..saye bru msuk kn video dr wahbah al zuhaily mmfatwakn mereka sesat harp tuan boleh lihat sndri..sye brhrp sgt tuan brlapang dada dlm hal ini, tapis la sesuatu itu dgn al quran dan sunnah..ambil pndpt kedua-dua belah pihak dn nilai sndri..sye pun pd awlnye susah utk terim mereka sesat tp sye ambil pndpt kwn sye itu dn sye tapis dgn al quran,hadith dn fatwa ulama maka saye akui mereka itu ada kesestn ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatwa dr Ali jum'ah itu dikeluarkan sebelum beliau mengenali abdullah al harari, bila beliau kenal siapa abdullah al harari beliau memuji harari. Jadi kenapa harus guna fatwa lama? Berkenaan wahbah azzuhaily, dlm kitab wahbah beliau menulis allah itu duduk, bukan kah duduk itu sifat makhluk? Bukankah kalau menyamakan allah dengan makhluk itu kufur?? Kalau kau kata ahbash sesat..ketahuilah wahabi 1000x ganda lagi sesat

      Delete
    2. Beri juga nama kawan kau yang kau kata ahbash itu..aku nak berhubung dengan dia, tanya betul atau tidak dia kata harari masih hidup..

      Delete
    3. Beri juga nama kawan kau yang kau kata ahbash itu..aku nak berhubung dengan dia, tanya betul atau tidak dia kata harari masih hidup..

      Delete
    4. Fatwa dr Ali jum'ah itu dikeluarkan sebelum beliau mengenali abdullah al harari, bila beliau kenal siapa abdullah al harari beliau memuji harari. Jadi kenapa harus guna fatwa lama? Berkenaan wahbah azzuhaily, dlm kitab wahbah beliau menulis allah itu duduk, bukan kah duduk itu sifat makhluk? Bukankah kalau menyamakan allah dengan makhluk itu kufur?? Kalau kau kata ahbash sesat..ketahuilah wahabi 1000x ganda lagi sesat

      Delete
    5. Jatuh Sesat tu bkn saja sb pandangan dlm agama, tp sebab suka mgkafirkan org yg x sama pandangan.. wahbah zuhaily bukan seorg yg suka sesatkan org, tp sebab sikap puak ahbash yg gemar kafir mgkafir barulah sebahagian ulamak katakan sesat bg kumpulan ni sb senang sgt hukum org sesat.. nabi pn x ajar bersikap mcm tu..sedarlah puak ahbash bahawa kalimah lailahaillah tu berat dan bukan mudah nk hukum org lain kafir kerana salah pndangan.. berhati2

      Delete