Friday, July 8, 2011

PERLUKAH DEMONTRASI ??

Sabda Rasulullah S.A.W“ Mana-mana kumpulan berarak menuju ke arah pemerintah untuk menghinanya, maka Allah akan menghinanya sebelum hari kiamat.” riwayat al-Bazzar

              Pada zaman pemerintahan khulafah ar-rasyidin dan pemerintah2 slps itu, ulama dan rakyat pd zaman itu juga menegur pemimpin mereka namun bkn dgn cara berdemontrasi..malah d riwayatkn seorg sahabt tlh menegur cara pemerintahan umar al-khatab tp dgn cara trsembunyi bkn dgn cara trbuka. ibnu ishaq ulama besar dlm mazhab syafei juga tlh mngharamkn menegur pemerintah dgn cara berdemontrasi ttp perlu d laksana kn dgn cara trsembunyi .
   
          Jiika kita lihat sejarah awl demontrasi ni d lakukn oleh sape? ia d lakukn oleh seorg munafiq yahudi iaitu abdullah bin sabaq seorg syiah..dia melakukn demontrasi ats nama ahlul bait sehingga terbunuhnye saidina uthman r.a . dn kita lihat plak persamaan dgn demontrasi ari ni ia d kepalai oleh ambiga seorg pejuang hak asasi dn seorg yg kuat menentang islam..siapa yg sokong dn mmperjuankn hak lina joy utk murtad? bkn ambiga ke! siapa yg minta islam bkn mnjadi agama rasmi negara ini? bkn ambiga juga ke! kita jgn mudah terpedaya dgn gol ini..islam mmbenar kn berkerjasama dgn org kafir tp bkn dgn kafir harbi(yg memusuhi islam) sebaliknye berkerjasama dgn kafir zimmi namun tidak dlm semua hal. allah berfirman"semua org islam itu adlh bersaudara" sabda rasulullah tidak sempurna iman seseorg kamu slagi ia tidak menyayangi saudaranye sndri spt mana dia menyayangi diri nye sndri..fikir blk adakah ambiga itu saudara kita atau pimimpin2 umno yg d kata kan fasik itu saudara kita?..faiq berpendpt ats dasr agama bkn ats dasr kepartian..kalu nk ikut parti ..parti islam yg mndekati hati ini namun adlh islam itu lbh dekat dri parti..

        dlm hal ini ramai yg berbeza pndt..namun adlh lbh baik jika kita berlapang dada dlm perbezaan pndpt..imam malik dan ank murid nye imam syafei juga berbeza pndpt spt imam malik mngatakn ibnu ishak sbg dajjalul kazzab mana kala imam syafie pula mngatakn ibnu ishak sbg tokoh sejarah dn hadith tp tidak mmbawa mereka ke perbalahn yg melampau..berlapng dada lah dn pilih la pndpt yg pling kuat dalil ,nas, paling hmpir dgn rasulullah dn waras utk d terima akal.


                 Hayatilah perkataan Fudhail bin Iyad radhiallahuanha yg menjelaskan kemuliaan Ahlul sunnah wal-jamaah trhadap penguasa :
"Andai kata ak mempunyai satu doa,pasti akan ak pergunakan doa tersebut utk mendoakan penguasa(pemimpin).malah kita diperintahkan utk mendoakan kebaikan bg penguasa dandilarang utk mendoakan kejahatan/kehancuran bg mereka,walaupun mrk berbuat sewenang-wenangnya dan zalim,krn kesewenang-wenang dan kezalimannya menimpa dirinya sendiri dan kaum muslimin,begitu juga kebaikan."


            Tidak di nafikan pemimpin yang zalim pasti akan menerima pembalasan tp sbg rakyat kita perlu ada batsn dn yakin dgn pertolong allah.. allah mengutuskn nabi musa adalah tuk menasihati firaun bkn mncari pengaruh dn mnjatuh kan firaun...tp apa tindakn firaun ,firaun yg kumpulkn pengikut dn ahli sihir tuk menentang nabi allah musa..namun nabi musa yg seorg itu juga lah yg menang akhirnye ats pertolngn allah! adakah nabi musa x brusaha? tidak nabi musa tlh berusaha dgn cara menyahut cabarn firaun..ada hikmah d sebalik peristiwa ini.. sabda rasulullah " umatku d akhir zaman terlalu ramai tp ibarat buih2 d lautan yg tak berguna"

Saturday, May 14, 2011

TINDAKAN SEORANG MUSLIM UNTUK MENCARI KEJAYAAN YANG ABADI


Cara mencari kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran. Sahutlah pangilan "HAIYA A'ALA FALAH" yg dikumandangkan 5 kali sehari itu. Yakinlah bahawa dengan ISLAM sajalah kita akan mendapat kejayaan yang abadi di dunia dan akhirat. INSYAALLAH
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

Thursday, May 5, 2011

JANGAN TERLALU FANATIK

“Yang lebih pelik dari semua itu adalah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadis yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadith sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun sedikit..”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/195, Beirut: Dar al-Fikr)

MANA MILIK KITA?

 Assalamualaikum..
Mndpt berita bhw rakan ku telah kehilangan ayahandanye trcnta,takziah d ucapkn..Brlk kpd tajuk nota ini iaitu mane milik kita?
Cuba fikirkn sejenak adkh sesuatu itu benar2 milik kita? emm..apa kata jom kita dgr sebuah riwayat tentang seorg sahabat RASULULLAH.
"seorg pedagang yg merupakan sahabat Rasulullah. beliau sering keluar mekah utk berdagang yg mengambil mase berbulan-bulan utk keluar berdagang. namun setiap kali berdagang pasti beliau akn meninggalkn ank dn isterinye d mekah. pada suatu hari anknye telah meningggal dunia namun berita itu tidak smp ke pengatahuan nye. setlh sekian lama brulah beliau pulng ke rumah.
setibanye d rumah,isterinye menyambut kepulangn nye spt biasa tnpa ada kelainan. stlh mnjlnkn tanggungjwb sbg isteri mmbri lynan mkn dn lain2, maka bru c isteri memulakn muqadimah. Berkata c isteri..wahai suami ku jika sesuatu itu milik seseorg yg kita pinjm selama ini dn kita amat sygkn nye,namun pd suatu hari pemiliknye sudah mengmbilnye kembali.maka adkh patut ? jwb c suami..ya amat patut skli,dn kita harus reda walaupun memang brng itu amat kita syg skali. Bls c isteri pula..jika ku smpkn berita ini pd ku jgn la ko mrh ye..Jwb c suami ye.! Isterinye brkata lg..begini suami ku sesunguhnye Allah tlh mengmbil ank kita ketika ketiadaan mu..! Dgn tenang c suami brkata,alhamdulillah dn aq meredainye..!! tnpa ada langsung mrh trhdp isetrinye.. Pada keesokn hari c suami tlh bersedakah kpd org ramai"
emm..agk2 ape moralnye kn dr kisah ini..?? moral dn pengajaran ini ialah kita harus sedar bhw tidak ada 1 pun d dunia ini bah kn d akhirat kelak merupakn milik kita..d saat kita hidup,mati malah ketika d bngkitkn d mahsyar nnti pun kita msh meminjam milik ALLAH.
kita sering takut kn dgn perpisahan..namun yakinlh bwh ianye pasti berlaku..firman Allah "qullu nafsin zaa iqatul maut" setiap yg idop pasti akn mati..jika perpisahn itu bkn kerana kematian ianye juga boleh berlaku dlm pelbagai cara..kita bkn saje akn berpisah dgn keluarga bah kn dgn harta bnda,kwn2, dn ape skali pun yg kita syg.. namun sbg umat islam kita harus meredainye,brkongsi,tidak riak dgn ape yg kita ada krn ianye milik ALLAH.. cuba kita fikir, kita duduk kat dunia ni kita pijak bumi sape,kita junjung langit sape..dah tu bila dh mati kita duduk dlm tanah sape..n bila d akhirat plak kita duduk d syurga @ neraka sape? semuanye milik ALLAH. cuba la kalian cara sndri tmpt tingal sndri yg bkn milik ALLAH! X da kan! emm..so jd lah hamba yg selalu igat akn tuhan nye dn mensyukuri nikmatnye..jgn la bila dh susah bru nak cri allah. conthnye bila d lnda musibah bru la nak cri quran, bru trigat tasbih,bru trbayang sejadah n bru trkemut2 nak hafal doa..emm..itu bkn cara nye..igat lah allah dlm susah dn senang..krn allah x penah tingalkn kita sesaat pun..sblknye kita yg selalu kn nye..bkn sesaat tp brthn-thn.. kalian tahu x bwa SYG ALLAH MELEBIHI  BENCI ALLAH  KEPADA KITA..walaupun kita slh..allah tetap nak dgr taubat kita..firman allah"adalh aq lbh menyukai mendgr suara org -org yg memohon taubat kepada ku"lihat walaupun kita hamba yg fasik namun ALLAH tetap ingin mndgr suara kita memohon taubat kpdnye..oleh itu hargai lah nikmat itu sebaeknye.. krn kita sering tidak menghargai nikmat itu ketika ada tp stlh ketiadanye bru lah kita mnghargainye...Jgn la kita mnjdi org yg rugi..
HARGAILAH AYAH DN IBUMU KETIKA MEREKA ADA ..tangisi la kesilpan mu d saat mereka brnyawa dn jgn la kita menangisi ketika mereka sudah berada d pusara....waalllahulam...................................

Friday, February 18, 2011

FATWA PARA ULAMA SEDUNIA TERHADAP PUAK AHBASH

ARTIKEL INI DIPETIK DARI  “MAJALAH I”
KELUARAN FEBUARI 2008          Fatwa-fatwa Para Ulama Terhadap Kumpulan al-Ahbash


1.     Fatwa Samahtul al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah
Kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat,ketua mereka Abdullah al-Habsyi terkenal dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan mengingkari akidahnya yang batil. Dan memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya dan tidak mendengar serta menerima apa yang mereka katakana. (No ruj.Fatwa;1/2392. Bertarikh:30/10/1406 hijrah)

2.     Fatwa Syeikh Dr. Wahbah al-Zulhailiy
Syeikh telah ditanya : Ada seorang pemuda telah meminang adik perempuan saya. Setelah selesai peminangan dia berkata kepada adik saya itu bahawa dia dari kumpulan ahbash, apakah aqidah yang dipegang oleh kumpulan ini. Kalau sekiranya adik  perempuan saya berkhawin dengannya apakah hukum perkhawinannya?
  Dr.Wahbah al-Zulhailiy menjawab: Kami menyatakan bahawa Muslim apabila benar agamanya maka dia seorang islam. Dibolehkan berkhawin dengannya,tetapi saya menasihati saudara agar tidak bersetuju di atas perkhawinan tersebut. Ini disebabkan kumpulan ini mempunyai pemikiran dan padangan yang tidak selari dengan majoriti umat islam. Maka kemungkinan disana akan menyebabkan masalah dan pertelingkahan dengan sebab pandangan-pandangan yang pelik yang dipegang oleh mereka. Ini merupakan nasihat. Wallahu a’alam. (lihat: http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuest=jUxw1j)

3.     Fatwa Syeikh Dr.Said Ramadhan al-Bouti
Syeikh ditanya tentang kumpulan Ahbash yang mana mereka mempunyai seorang imam di Beirut iaitu Abdullah al – Harari,mereka telah berkata di masjid mereka sesungguhnya solat di belakang wahabi adalah haram dan Imam Ibnu Taimiyyah kafir.
  Syeikh al-Bouti menjawab: mengikut imam wahabi tidak haram dan solatnya sah. Tidak boleh mengkafirkan orang islam yang kita tidak mengatahui adakah di saat dia mati matinya dalam keadaan kafir. Dan tidak seorang pun yang mengatahui adakah  Ibnu Taimiyyah ketika matinya dia murtad dari islam dan matinya dalam keadaan kafir. Berkenaan kumpulan Ahbash yang ditanya kepada saya tadi,mereka telah mengkafirkan banyak dari kalangan orang islam. Mereka telah mengkafirkan Mutawalli Sya’rawi, al-Qadrawi dan mereka juga mengkafirkan aku.
  Syeikh ditanya lagi: Saya mendengar kumpulan ahbash telah mengkafirkan mu(Syeikh al-Bouti)adakah  Syeikh telah menjawabnya? Dan mereka mendakwa aqidah Asya’irah bermazhab Syafie dan bertarekat Rifa’ie. Bagaimana alhi sunnah menjawab mereka, mereka menyebarkan fitnah dan mengangkat syiar mengkafirkan orang islam?
  Syiekh menjawab:Mereka tidak hanya mengkafirkan aku sahaja ,bahkan apa yang aku tahu mereka mengkafirkan orang yang lebih baik dari aku sepertu Mutawalli Sya’rawi, Ibnu Taimiyyah,Syeikh al-Qardawi dan ramai lagi.Aku memohon kepada Allah agar di jauhkan fitnah yang zahir dan batin khususnya fitnah kubur (Lihat di dalm webnya atawa.htm http://bouti.net/bouti_fatawa.htm mengunakan perkataan al-Ahbash)

4.     Fatwa Syeikh Ali Jumu’ah Mufti Mesir.
Kumpulan ini ialah sebuah kumpulan yang menyandarkan diri mereka kepada seorang yang bernama Abdullah Al-Harari Al-Habshi. Kumpulan ini mempunyai wajah zahir dan batin. Zahir mereka  seolah-olah berpegang kepada  mazhab imam Syafi’I dalam masalah fikah dan mazhab Asy’ari dalam masalah aqidah.Adapun batin mereka,merka mengkafirkan orang islam dan memfasikan orang-orang mukmin serta menimbulkan fitnah dalam umat ini serta agen bagi musuh –musuh  islam dan  mukmin.
  Gerakan yang buruk ini telah dimulakan oleh ketuanya yang telah disebutkan (Abdullah Al-Harari)dimana dia mempelajari ilmu syariah di Habsyah kemudian dia bekerja dengan pihak berkuasa yang menentang kaum muslimin sehinggalah terbongkar rahsia nya selama 2 tahun. Lalu dia lari pula ke Mesir dan menyebunyikan keadaan dirinya yang sebenar sehingga ada rakyat di Negara ini dan ulamanya yang mengikut gerakannya. Dia menghadiri beberapa pengajian di Al-Azhar Asy – Syarif dan bekerja sebagai pentafsir kitab di beberapa tempat percetakan.
  Kemudian dia berpindah pula ke Beirut di mana dia mula mempengaruhi pemuda-pemuda di sana sehingga menjadi pengikut gerakannya.Dia juga menjadi pentashih kitab di beberapa syarikat penerbitan kitab di Lubnan.
  Dia mula melakukan kerjasama dengan Parti Al-Kataib dan kaum yahudi di selatan Lubnan . Pada tahun 70-an dia mula menyebarkan mazhabnya dan mengkafirkan kaum muslimin terutamanya Ibnu Taimiyyah , Muhammad Bin Abdul Wahab dan pembesar-pembesar mazhab Hanbali serta semua ulama yang tidak sependapat dengannya beralasan mereka menyalahi mazhab Al-Asy’ari dan mazhab Syafie menurut kefahamannya sendiri. Dia menyuruh pengikut-pengikutnya menimbulkan kekacauan di mana sahaja mereka berada.
 Maka kita dapati mereka menimbulkan  isu berkenaan arah kiblat di Amerika menyalahi prosedur ilmu moden kerana ingkar dengan realiti sebenar serta menganggapnya sebagai bidaah. Begitu juga di Jepun . dan meraka juga menimbulkan isu solat di belakang selain Ahbash, masalah makanan dan berkhawin dengan ahli kitab serta lain-lain daripada pekara khilaf dari kalangan ulama Mujtahidin yang muktabar sepanjang zaman.
   Mereka berpendapat pergaulan bebas lelaki dan perempuan halal dan mengkafirkan pemerintah islam dan mengharuskan kerjasama dengan kaum musyrikin yang merupakan kecelaruan yang amat aneh serta tidak pernah wujud dalam mana –mana puak sebelum mereka.
   Mereka pada mulanya mengisytiharkan bahawa pemimpin mereka telah mati kemudian mengisytiharkan pula pemimpin mereka masih hidup dan tidak siapa pun tahu penyakit mental jenis apakah yang menimpa puak ini sehingga mereka bercakap tanpa mereka ketahui (apa yang mereka cakapkan).
   Dengan kemunculan kumpulan pelik ini sebeginilah yang menjadikan setiap orang islam hidup dalam fitnah dan perpecahan. Beberapa pihak berkuasa islam yang muktabar telah mengeluarkan amaran berkenaan kumpulan ini antaranya Majmak Buhus Islamiah Al-Azhar, Majlis Fatwa Saudi , Majlis Fatwa Amerika Utara dan lain-lain.
   Oleh kerana mereka ini terus dibelit dengan belitan iblis,maka  mereka tidak menyebarkan buku-buku mereka yang mengandungi batin mereka serta iktikad mereka. Oleh itu,kita dapati buku-buku pemimpin mereka mengandungi pekara-pekara biasa sahaja sebagai satu langkah menarik orang menyertai mereka dan menyesatkan mereka yang terpedaya . Kebanyakan pengikut yang menyedari hakikat ini ramai yang kembali dan bertaubat serta berlepas diri dari kumpulan ini. (Lihat: http://www.islamonline.net /servlet/satellite?pagenamne=Isalmonline-Arabic-Ask_scholar/fatwa/FatwaA&acid=112258601786)

5.     Dr.Ahmad Shalabi(pensyarah sejarah islam university al-Azhar)
Dr.Ahmad Shalabi di tanya majalah “al-Majalah”tentang pendapatnya berkenaan Ahbash. Beliau berkata  Ahbash kumpulan sesat yang menyelewang fikrahnya. Mereka tidak mempunyai  kefahaman yang lengkap tentang islam ini kerana ketuanya Abdullah  al-Habsyi berasal dari Habsyah di mana ketika itu maklumat dan ilmu-ilmu islam yang pelbagai tidak tersebar disana mennyebabkan pemikiran-pemikarannya pelik. Bahaya kumpulan ini kerana mereka tidak menerima pendapat selain mereka dan menyangka mereka sahaja yang betul. Mereka juga menentang jemaah-jemaah islam ahli sunnah wal jamaah kerana mereka mengatakan penganganya salah.

6.     Markaz Fatwa islamweb.net yang di ketuai oleh Dr.Abdullah al-Faqih
Merujuk kepada fatwa kesesatan Ahbash dan penyelewengan daripada agama . Maka mereka memfatwakan bahawa kumpulan Ahbash merupakan satu kumpulan yang amat teruk penyelewengannya daripada agama.Mereka mengikut Jahmiyyah(kumpulan yang menafikan sifat bagi allah) di dalam masalah sifat Allah s.w.t mengikut Jabariah di dalam masalah qadar. Juga mengikut kumpulan Batiniyyah yang sangat bahaya. Mereka juga ramai mencela sahabat nabi s.a.w (lihat: http://www.islamweb.net/hajj1425/ShowFatwa.php?lang=A&Id=45043&Opt  ion =FatwaId  )


Ramai lagi para ulama yang telah berfatwa akan kesesatan kumpulan Ahbash ini serta menasihati umat islam agar berhati-hati dan menjauhi kumpulan yang sesat ini.Antara mereka yang tidak dapat disiarkan fatwanya kerana keterbatasan tempat ialah :-
*Syeikh Muhammad Nasaruddin al-Albani
*Syeikh Dr. Safar Hawali
*syeikh Dr. Yusuf  al-Qaradhawi
*Dr.Fikri Ismail (wakil kementerian wakaf Mesir bahagian dakwah)
*Dr. Muhammad Karmush (ketua kesatuan Muslim  Swiss)
*Syeikh Umar Mahmud dari Palestin
*Syeikh Abu Muhammad al-Maqdisi  dan yang lain-lainnya.

Fatwa-fatwa Majlis-majlis fatwa
1.     Mujammah Buhuth al-Islamiyyah al-Azhar al-syarif Mesir
2.     Majlis Tertinggi fatwa Amerika Utara
3.     Hai’ah Ammah Li  Idaratil Buhuth al-Ilmiyyah wal Ifta Saudi
Kesimpulan yang di capai tidak ada seorang pun ulama ahli sunnah wal jamaah yang memuji kumpulan ini bahkan kesemuanya memfatwakan bahawa kumpulan Ahbash merupakan kumpulan yang sesat dan menyeleweng dari mazhab ahli sunnah wal jamaah. Walluaa’alam

Sunday, December 26, 2010

Antara Ilmu Dan Nafsu

Kita sering mendengar org berkata, "ikut hati mati,ikut rasa binasa". Disini bolehlah disimpulkan bahawasanya kedua-duanya itu adalah mengikut nafsu. Oleh kerana kedua-duanya itu mengikut nafsu yang jelas akan membuatkan kita lesu,jadi apakah harus yang kita ikut. Tidak lain tidak bukan itulah ilmu. Muhammad S.AW mengenal tuhannya dengan ilmu iaitu Iqra. Ilmu la penyelamat segala-galanya.Contoh yang paling mudah ialah wanita. Jika wanita dipandang dari sudut ilmu maka martabat wanita itu lebih disanjung tinggi,tapi jika dipandang dari sudut nafsu, wanita hanya sekadar benda yang bagaikan tidak mempunyai nilai. Sejarah wanita dipandang dari pandangan nafsu penah berlaku iaitu pada zaman Jahiliah, yang mana para wanita mereka bagaikan tidak mempunyai nilai. Wanita dinafikan hak mereka,dijadikan barang pemuas nafsu serakah dan wanita kecil(kanak-kanak wanita) dibunuh tanpa sebarang pembelaan. Namun Islam datang dengan ilmu(quran) memecahkan kekusutan zaman. Dalam surah Al Tawir Allah berfirman dari ayat 8-9 yang bermaksud "apabila bayi-bayi perempuan itu dikuburkan hidup-hidup itu ditanya , atas dosa apakah mereka itu dibunuh...." Allah menambah lagi dalam surah Al An'am ayat 6 "Janganlah membunuh anak-anak kalian kerana takut miskin. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada kalian dan juga mereka.." Dalam surah  Al Isra berfirman sekali lagi " Janganlah kalian membunuh anak-anak kalain kerana takut miskin. Kamilah yanag akan memberi rezeki kepada kalian dan juga mereka. Sesungguhnya membunuh mereka merupakan salah satu dosa besar..". Lihatlah betapa besarnya sumbangan ilmu dalam mengorak perubahan dunia. Sebagai seorang muslim kita harus menuntut ilmu. Bersabda Rasulullah dalam sebuah riwayat sahih imam muslim, mafhumnya"menuntut ilmu adalah fardu keatas setiap muslim" Oleh itu semua orang islam harus menuntut ilmu dan mengamalkanya terutama ilmu Al quran dan Hadith. Waallahualam..